Rabu, 31 Oktober 2012




Rasa2nyalahkan kuih apa ni ye? Alah takkan tak tahu. Inikan cheese tart. Sedap gak makan dan layannnzzz. Mula-mula en hubby tak suka. Tapi bila Zai buat sekarang kena buat banyak-banyak. Kalau Zai ambik tempahan sekarang ni 1 rm 1. Nak tahu ke cara-caranya

Bsikut

Bahan-bahan

Mentega 250gm
gula kastor 100gm
telur            2biji
tepung       500gm (Ikut doh dia ya. Kalau rasa2nya lebik tambah lg)

cheesenya

Cheese  250gm
wipping krim 150gm
mentega      50gm
gula ising  50gm
telur    1 biji

Cara-caranya

1. Pukul mentega dan gula. Pukul sehingga kembang
2. Masukkan telur dan gaulkan denagn tepung. Jadikan doh. Selepas itu ketepikan. Masukkan dlm peti sejuk

Cheese

1. Pukul Cheese, masukkan wipping cream, gula, mentega, telur. Pukul sehingga kembang dan sebati.

Oklah itu saja. Korang tahukan mcm mana nak buat diakan. Selamat mencuba

Resipi

Ramai jugak yg berminat dgn hasil keje Zai..tapi tak cantiklah design. Baru2 nak belajar. Bila Zai ada tempahan, Zai akan letak gambar dekat FB. Kikiki saje je kan. Kek yg di atas ni nama dia kek Marble cheese kek. Kek ni Zai pergi belajar dkt Yummmy. Zai belajar 3 jenis kek. Semuanya dari secret le... ni resepinya:

Marble Cheese Kek

Bahan-bahannya

Bahan A: Dasar Biskut

Biskut marie 100gm
oat                   50gm
Mentega        110gm
Badam cincang 25gm

Bahan B isian keju

Krim Keju    500gm
telur saiz A      4 biji
coklat putih    250gm
Krim Putar     190gm

Bahan c cokelat ganache

Krim putar    100gm
coklat gelap  170gm

Cara2nya

1. Kisar biskut marie
2. Campur semua bahan tersebut
3. setelah cairkan mentega gaulkan sehingga semua bahan sebati
4. masukkan adunan ke dlm acuan 9"
5. simpan dlm peti sejuk sekatika

Bahan b

1. Pukul krim keju sehingga lembut dan masukkan telur satu persatu
2. Panaskan krim putar, kemudian masukkan coklat putih dan gaul sebati. Setelah siap campurkan kedlm adunan keju
3. masukkan adunan tadi ke dlm acuan yg berisi biskut tadi
4. Gunakan cokelat ganache sebagai hiasan

Bakar kek tersebut dalam keadaan double boil. Bawah kena letak air. Bakar 140 sehingga 55minit

Itu saja resipi untuk hari ini. Nanti Zai ada masa, Zai bg resipi lain pulak ye. Selamat mencuba.

Khamis, 12 November 2009


Gambar ini di tangkap sempena hari bapa.. Kakak balik dari sekolah terus ucapkan dkt papa, happy father day. Masa tu papa masih lagi di dalam cuti bekerja. Terus Isya bg star yang telah disiapkan di sekolah tu kat papa..Terharu  rasanya..huhuhuhu...RINDU papa


Percutian bersama suami tersayang...Masa ni isya demam,Danish n Irfan suka sbb dpt main..